Friday, 12 April 2013

Taman Pokok "Cempaka Cina"

Salam^_*. pokok yang ni saya suka! hehehe sebab pokok ni mempunyai bunga yang berwarna putih dan daun hijau serta rendang. hah bunganya pun agak wangi tau. okey kat bawah ni ada gambarnya^_^jeng jeng..jeng..saya ambil didepan rumah saya!!!hihihi

 


Kelebihan pokok ni ialah:-
1) Bagus untuk orang yang batuk tak baik-baik(teruk).
2) Demam panas.

Cara-cara pengambilannya:-
* Ambil pucuk daun pokok cempaka cina dan bunganya.
* Basuh sehingga bersih.
*Blender daun dan bunganya sekali.
*Kemudian ambil airnya sahaja dan minum.
*Boleh juga dijaramkan di atas kepala.
*Buat selama 3@4 hari, in shaa Allah berkesan.

^_^Selamat mencuba yee..Take it for your own good..Sayangi orang yang tersayang.

 Taman Pokok "Akar ceritaq@Daun Mempedu Ular"

Salam ceria semua^_^

Hah kali ni perkongsiannya agak berlainan sikit..nak tahu kenapa? hehehe mestilah sebab time cuti kat kampung, so suasananya pun lain..hihihi okey jom kita teroka  taman "greenlife" mana plak jadi tumpuan..hehehe silalah dengar celoteh drpd Puan. Fatimah kita yee...^_*


itu laa dia celoteh drpd Puan Fatimah kita.. harap faham yee..hah utk pengetahuan pokok "akar ceritaq@daun mempedu ulaq" ni memang pahit..hhehe saya dah cuba, pergghh memang melekat kat tekaq, nasib baik ada penyelamat..tu dia, Puan fatimah, dia terus bagi saya daun pokok gula@stevia..hah pokok ni memang manis..pandai dia..nak kepastian betul ke tak, hah cubalah nati yee..tak rugi pun..

hihihi mengembara dan teroka tumbuhan alam hijau ni memang seronok tau..jom!^_^

Monday, 8 April 2013



Taman "Pokok Bunga Raya"

salam semua^_^

huhuhuh harap kawan-kawan sihat dan ceria selalu yee! hah hari ni saya nak kongsi sedikit info tentang "pokok bunga raya" plak..emm tengok jee bunga raya mesti semua tahu dan kenal kan..mana taknya, ni kan bunga kebangsaan kita..hehehe yang ni pun bukan nak citer pasal bunga dia tau, tapi daunnya..memang ajaib kan, subhanallah! kuasa Allah y menjadikan setiap sesuatu itu ada kelebihan dan kekurangannya..
 

Cara-caranya:- 
 
1) Ambil daun pokok bunga raya mengikut kuantiti yang sesuai.
2) Basuh sehingga bersih.
3) letakkan di dalam satu bekas/besen kecil.
4) Isikan air di dalam bekas yang berisi daun dalam kuantiti paras daun tersebut.
5) Ramas daun yang bercampur air tadi sehingga mengeluarkan lendir dan hancur kasar.
6) Tepekkan/letakkan ia di atas kepala dengan rata dan biarkan ia selama 20 minit atau 40 minit.
7) Kemudian mandi/bilas dengan air bersih.

Hah, mudah je kan caranya..so lepas ni xperlu la nak ke kedai beli panadol soluble or ubat untuk legakan demam panas, apa kata cuba dulu cara tradisional yang menggunakan tumbuhan alam semula jadi ni, tanpa ada penambahan bahan pengawet dan sebagainya. in shaa Allah, suhu badan akan berkurangan. Sekiranya tak jelas boleh tulis comment anda di bawah yee..tq

^_* selamat mencuba!