Sunday, 9 June 2013

Salam semua^_^

Sekarang ngah minggu exam kan, so good luck untuk hadapi exam yee...i'Allah moga dipermudahkan. Lepas2 exam tu jemput laa jenguk taman greenlife saya ni yee..moga memberi input yang bermanfaat utk kehidupan kita seharian.

Sebenarnya mood nak menulis ni ade dalam 50% jee tapi xpe laa nak kongsi gak. heheheh^_^ alhmdulillah mak n ayah saya telah selamat pulang dari menunaikan UMRAH. So semua mesti tahukan dorang bawa balik ape..mcm biasa sprti orang lain, kurma dan kismis tidak ketinggalan.

Nak cerita kat sini, kismis ramai yang suka makan tetapi kurma kurang sikit. Saya pon tak tahu kenapa..hahahaha pe2 pown nak cerita laa kelebihan kurma ni. biar yang kurang minat kat kurma ni terus minat..heheheh sedap tauuu!!!

saya ada baca buku, makan kurma ni mampu menghindarkan seseorang itu daripada sihir, gangguan jin@syaitan, kurma juga baik bagi wanita yang menghadapi masalah haid. kalau proses pengeluaran darah haid xlancar, hah makan laa kurma i'Allah akan lancar sbb kurma ni panas, ia akan mencairkan darah yang beku dan tersekat tu..lagi, kurma juga bagus untuk badan yang lemah dan xbermaya, tekak xsedap ke dan banyak lagi..cubalah yee. mula2 mungkin xbiasa tapi cuba amalkan 1biji@2biji sehari, nanti lama2 biasa laa..

Sempena nak dekat ramadhan ni, amalkan laa, jangan lupa buka puasa dengan kurma..huhuhu selamat beramal semua^_^barakallah




 


Salam ukhuwah^_^

I'Allah hari ni nak kongsi sedikit tentang kebaikan "Pokok Jambu Batu". kalau kita tengok sekarang, susah dah nak jumpa pokok jambu batu ni kat kampung kan. emm rumah saya ada tapi dah tak berbuah. apa pun bersyukur juga sebab yang nak dibuat ubat ialah pucuk pokok jambu batu ni..hheeheh mak saya akan ambil pucuknya dan campurkan dalam bahan ubat2 yang lain.

Masa cuti hari tu, saya tanya mak, kenapa pucuk jambu batu ni boleh dibuat ubat. mak saya bagitawu laa..zaman dulu kan orang kampung kalau nak ubat apa2 penyakit banyak guna tumbuh-tumbuhan hijau jee, jadi cara paling mudah mula-mula dorang ni mencuba jee makan daun pucuk yang ada. kebetulan bila anak dorang kena ceret-beret, sembelit ke, dorang suruh makan pucuk jambu batu ni hah. alhmdulillah berkesan... tu yang boleh digunapakai tradisi ini..huhuhuh

Hah itu laa..mak saya tambah lagi, kalau makan mentah gitu jee boleh tapi rasanya macam kelat sikit laa..kalau nak sedap rebus pucuk tu dan minum airnya..banyak lagi khasiat dia. selain untuk sembelit dan ceret-beret, untuk orang mengandung pon elok, nak lancarkan penghadaman, kawal tekanan darah dan macam2 lagi.

So, harap dapat manfaatkan bersama yee^_^




Friday, 31 May 2013

salam semua^_^

Hope semua sihat belake noo.. maklumlah zaman serba canggih & moden ni, mcm2 benda y boleh mengancam kesihatan kan...huhuhu i'Allah kali ni saya nak kongsi pasal tumbuhan yang dah biasa kita semua dengar dan makan. tapi masalahnya, ramai ke yang tahu kelebihan disebalik tumbuhan ni? hah ketuk hati tanya laa diri...

"Petai" walaupun baunya kurang memnyenangkan tapi fuhhh!!! sedap apa..lagi2 bila buat ulam ngan ikan kering, ala lauk kampung laa kata orang..meleleh air liur..

## Petai berkesan untuk macam2 penyakit, contoh  mcm darah tinggi, stroke, sistem pencernaan, pencerahan mata dan macam2 lagi. kulit dia pon berkhasiat, selalunya orang tua2 dia akan rebus kulit petai tu dan minum airnya..hehehehe cuba la try!^_^
apa kata kita tengok gambarnya jap kan..maaf laa nak masukkn audio tapi xboleh plak, ada masalah teknikal la kot..fuuhhh!! saya cakap, memang terliur laaa tengok gambar ni. haha apa kata cuba la masak gulai campur petai ni, sedappp~~~hihihih

                        


 




Taman Pokok "Kecubung"


 Salam semua^_*

Gambar pokok ni diambil di depan rumah saya..heheheh hah Pokok kecubung ni yang ada bunga tinggi ke atas tu, dikelilingi dengan pokok ubat yang lain..hhuhuh istimewa pokok ni, daun dan bunganya pun kedua-duanya berguna untuk peyakit tertentu.

Dipetik drpd kata-kata emakku: katanyaa..hehehe

# Bunganya boleh digunakan untuk penyakit semput.
# Daunnya pula bagus untuk budak kecil yang kembung perut. Hah ambil sedikit kapur dan daun pokok kecubung ni, lepas tu gaul@alin kat tapak tangan, kemudian sapu dibahagian perut budak kecil yang kembung tadi. okey tu jee huraian drpd emakku^_^hihihih..May Allah bless you all..
*
Salam semua^_^

hari ni nak kongsi pandangan pasal pokok "lidah buaya" ataupun orang putih panggil "Aloe vera"..hehheehe hah kalau nak tahu, masa saya kecik2 dulu, pelik juga bila dengar nama pokok ni "lidah buaya"..takutttt....hehehe~~

pokok lidah buaya ni rupanya cantik dan unik. Isinya pown nice, warna putih jernih mcm jelly gitu..tapi cuba rasa tengok!..he he he~~jeng jeng..siap laa..
PAHIT sikit!!!hahahahaha..tapi xpe walaupun pahit pokok ni bagus untuk kesihatan..bila makan isinya pown sejuk jee..apa yang saya tahu, pokok ni banyak digunakan untuk kecantikan, penjagaan kulit, dan untuk dalaman juga.

So, sebenarnya ramai je yang menggunakan product bercampur Aloe vera ni..syampoo, sabun, air kotak, jelly, dan mcm2 lgi laa.so teruskn laa yee..hah pandangan saya, kan lebih baik makan isi aloe vera yang asli tanpa campuran..laagi kowwWWW..hihihih ok good luck and have a nice day.^_^
                                                                      
                                                                  




Friday, 12 April 2013

Taman Pokok "Cempaka Cina"

Salam^_*. pokok yang ni saya suka! hehehe sebab pokok ni mempunyai bunga yang berwarna putih dan daun hijau serta rendang. hah bunganya pun agak wangi tau. okey kat bawah ni ada gambarnya^_^jeng jeng..jeng..saya ambil didepan rumah saya!!!hihihi

 


Kelebihan pokok ni ialah:-
1) Bagus untuk orang yang batuk tak baik-baik(teruk).
2) Demam panas.

Cara-cara pengambilannya:-
* Ambil pucuk daun pokok cempaka cina dan bunganya.
* Basuh sehingga bersih.
*Blender daun dan bunganya sekali.
*Kemudian ambil airnya sahaja dan minum.
*Boleh juga dijaramkan di atas kepala.
*Buat selama 3@4 hari, in shaa Allah berkesan.

^_^Selamat mencuba yee..Take it for your own good..Sayangi orang yang tersayang.

 Taman Pokok "Akar ceritaq@Daun Mempedu Ular"

Salam ceria semua^_^

Hah kali ni perkongsiannya agak berlainan sikit..nak tahu kenapa? hehehe mestilah sebab time cuti kat kampung, so suasananya pun lain..hihihi okey jom kita teroka  taman "greenlife" mana plak jadi tumpuan..hehehe silalah dengar celoteh drpd Puan. Fatimah kita yee...^_*


itu laa dia celoteh drpd Puan Fatimah kita.. harap faham yee..hah utk pengetahuan pokok "akar ceritaq@daun mempedu ulaq" ni memang pahit..hhehe saya dah cuba, pergghh memang melekat kat tekaq, nasib baik ada penyelamat..tu dia, Puan fatimah, dia terus bagi saya daun pokok gula@stevia..hah pokok ni memang manis..pandai dia..nak kepastian betul ke tak, hah cubalah nati yee..tak rugi pun..

hihihi mengembara dan teroka tumbuhan alam hijau ni memang seronok tau..jom!^_^

Monday, 8 April 2013



Taman "Pokok Bunga Raya"

salam semua^_^

huhuhuh harap kawan-kawan sihat dan ceria selalu yee! hah hari ni saya nak kongsi sedikit info tentang "pokok bunga raya" plak..emm tengok jee bunga raya mesti semua tahu dan kenal kan..mana taknya, ni kan bunga kebangsaan kita..hehehe yang ni pun bukan nak citer pasal bunga dia tau, tapi daunnya..memang ajaib kan, subhanallah! kuasa Allah y menjadikan setiap sesuatu itu ada kelebihan dan kekurangannya..
 

Cara-caranya:- 
 
1) Ambil daun pokok bunga raya mengikut kuantiti yang sesuai.
2) Basuh sehingga bersih.
3) letakkan di dalam satu bekas/besen kecil.
4) Isikan air di dalam bekas yang berisi daun dalam kuantiti paras daun tersebut.
5) Ramas daun yang bercampur air tadi sehingga mengeluarkan lendir dan hancur kasar.
6) Tepekkan/letakkan ia di atas kepala dengan rata dan biarkan ia selama 20 minit atau 40 minit.
7) Kemudian mandi/bilas dengan air bersih.

Hah, mudah je kan caranya..so lepas ni xperlu la nak ke kedai beli panadol soluble or ubat untuk legakan demam panas, apa kata cuba dulu cara tradisional yang menggunakan tumbuhan alam semula jadi ni, tanpa ada penambahan bahan pengawet dan sebagainya. in shaa Allah, suhu badan akan berkurangan. Sekiranya tak jelas boleh tulis comment anda di bawah yee..tq

^_* selamat mencuba!